Sunday, July 29, 2018

Outreach Galeri Seni & Budaya JKKN Perlis & Bazar Seni

Jom kita menyelusuri kebudayaan negeri Perlis sepanjang Pesta Buku Perlis 2018. Pameran ini akan dijalankan sepanjang Pesta Buku Perlis 2018.

Turut diadakan Outreach Library JKKN. Para pengunjung boleh membeli buku-buku hasil keluaran JKKN. Selain itu, turut diadakan bazar seni. Para pengunjung bolehlah membeli kraf tangan hasil seni di Pesta Buku Perlis.

Pakat-pakat mai tau!

Interaksi Seni Bengkel Puisi Tradisional

Tarikh : 15 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pekarangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Anjuran kerjasama : Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Perlis
Peserta : Pelajar Sek. Men.

Sijil disediakan

Senam Seni

Jom sertai Senam Seni. Terbuka untuk orang ramai. Masuk adalah percuma.
Tarikh : 19 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pekarangan Kanak-Kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA!!

Sunday, July 22, 2018

Spell It Right (10-12 tahun)

SPELL IT RIGHT
(KATEGORI SEKOLAH RENDAH : 10-12 TAHUN)


TARIKH                    13 OGOS 2018 (ISNIN)
MASA            :           3.00 PETANG – 5.30 PETANG
TEMPAT                  PEKARANGAN, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka  kepada sekolah dan rangkaian Perpustakaan Awam  Negeri Perlis.
  2. Setiap sekolah perlu menghantar 1 orang peserta. Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
  3. Peserta mestilah berumur 10-12 tahun.
  4. Peserta perlu berada berada selewat-lewatnya 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
  5. Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan. Penganjur berhak meminda syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
  6. Setiap penyertaan akan disediakan sijil.
  7. Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04-9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Roshaina 0194480292 / Cik. Rosmiza 0129367197. No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my 



---------------------------------

SPELL IT RIGHT
(KATEGORI SEKOLAH RENDAH : 10-12 TAHUN)


BUTIRAN PESERTA :

NAMA :
UMUR :
NO. TEL :
SEK / JAB :

#Sijil disediakan


PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA!!

Saturday, July 21, 2018

Cabutan Bertuah


Pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa peralatan lektrik SETIAP HARI sekiranya pembelian buku & kraf tangan di Pesta Buku melebihi RM20.00

Cabutan bertuah akan diadakan setiap hari jam 10.00 malam. Urus setia akan menghubungi peserta yang bertuah yang memenangi hadiah cabutan bertuah. Pakat-pakat mai!! 

Lagi hadiah menarik menanti anda di sini. Sila klik hadiah menarik


Mereka sudah memenangi hadiah cabutan bertuah. Anda bila lagi?
jom ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis sempena Pesta Buku & KArnival Pembaca Perlis 2018.


Sudut Permainan Ilmu




Jom sertai aktiviti Sudut Permainan Ilmu. Terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018. Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah.


I) Putar-putar Ilmu
Para peserta dikehendaki untuk memusingkan putaran roda.  Menguji kepintaran peserta untuk menjawab soalan yang diajukan mengenai isu-isu semasa, matematik, bahasa dan sebagainya.

II) Puzzles
Para peserta dikehendaki untuk menyusun gambar mengikut masa yang diberikan.

III) Eja Perkataan
Para peserta dikehendaki untuk mengeja perkataan samada di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Jawi

IV) Origami
Para peserta didedahkan teknik membuat origami dengan kertas dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan yang menarik seperti bunga, ikan dan sebagainya.

V) Baca Jawi
Para peserta dikehendaki untuk membaca teks jawi yang muedah dan ringkas.

VI) Jejak Maklumat
Para peserta dikehendaki untuk mencari maklumat di dalam perpustakaan.

Kempen Daftar Ahli Perpustakaan



Related image
Mereka sudah memenangi hadiah cabutan bertuah dari perpustakaan
Anda bila lagi? Tertakluk pada jenis hadiah yang disediakan untuk setiap kategori.


DAFTARLAH AHLI PERPUSTAKAAN (Percuma)

Anda berpeluang menangi hadiah sebagai ahli bertuah untuk kategori Kanak-Kanak, Belia dan Dewasa


PEMINJAM BERTUAH 

Anda meminjam buku sepanjang Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018 dan anda layak memenagi peminjam bertuah untuk kategori Kanak-Kanak, Belia dan Dewasa.


MINGGU BEBAS DENDA LEWAT PEMULANGAN BUKU

Anda bolehlah menghantar buku yang lewat pemulangan dan anda tidak akan dicaj lewat pemulangan buku. Sila hantar buku tersebut sepanjang Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018


BAGAIMANA MENDAFTAR?
Sila bawa nombor my kid dan no. kad pengenalan anda!
Isi borang keahlian secara percuma


Para pemenang bertuah akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya tidak dihubungi melebihi 31 Ogos 2018 dikira tidak berjaya.



Mereka sudah memenangi hadiah cabutan bertuah.. Anda bila lagi?