Saturday, July 21, 2018

Ceramah Kepenggunaan & Kuiz (Sek. Men.)


CERAMAH KEPENGGUNAAN : TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018

TARIKH          :           17 OGOS 2018 (JUMAAT)
MASA             :          3.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT          :          PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
PESERTA      :          PELAJAR SEK. MEN.

Pengguna merupakan kumpulan terpenting dalam menentukan status ekonomi sesebuah Negara.  Pengguna juga merujuk kepada individu yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk kepuasan hidup secara umum. Dalam konteks pada hari ini, pengguna perlu mengetahui hak dan peranan sebagai seorang pengguna untuk melindungi diri sendiri dari dimanipulasikan oleh pasaran yang semakin global dan terbuka luas ini. 

Dengan adanya fahaman dan pengetahuan yang jelas tentang hak-hak pengguna, masyakarat pengguna amnya diharapkan dapat mempertingkatkan perlindungan kendiri serta bertindak sebagai pengguna proaktif dalam kehidupan seharian. 

Melalui ceramah anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Perlis, peserta akan didedahkan tentang bagaimana menjadi pengguna yang bijak dan apakah yang perlu dilakukan sekiranya ditipu, ditindas dan diperdaya dan apakah fungsi dan peranan Tribunal Tuntutan Malaysia kepada masyarakat.
------------------------------------------------------------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
CERAMAH KEPENGGUNAAN : TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA


BUTIRAN PESERTA:
Nama:
Umur :
No. Tel :

Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110    No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my

*Pakaian bebas dan sopan
*Sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta.



PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA!!


No comments:

Post a Comment