PERTANDINGAN
BAKAT CILIK (7-9 TAHUN)
TARIKH : 16
OGOS 2018 (KHAMIS)
MASA:
: 8.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : PEKARANGAN
PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
1.0
PENGENALAN
Pertandingan
Bakat Cilik adalah satu pertandingan mencari bakat-bakat luar biasa yang ada di
Perlis. Peserta boleh menampilkan apa sahaja bakat yang mereka ada (KECUALI NYANYIAN).
Tidak
kira dari genre apa sekalipun, Pertandingan Bakat Cilik memberi peluang buat
adik-adik untuk mempersembahkan kelebihan masing-masing. Antara bakat yang
ingin dicungkil seperti bersajak, bersyair, lakonan, aksi akrobatik, tarian,
ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap
mata mahupun kemahiran bermain alat muzik dan menyanyi. Pendek kata, apa sahaja
bakat yang unik dan menarik! Seramai 20 orang peserta yang diperlukan dalam
pertandingan ini. Inilah masanya untuk menyerlahkan bakat terpendam adik-adik!
2.0 SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
- Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7-9 tahun
sahaja.
- Peserta perlu mempersembahkan apa saja bakat yang ada dalam diri peserta seperti bersajak, bersyair, berzanji, lakonan, aksi akrobatik, tarian, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik (KECUALI NYANYIAN).
- Peserta perlu berada berada selewat-lewatnya 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
- Setiap penyertaan akan disediakan sijil.
- Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak meminda syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
- Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04-9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin).
- Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zatur Rawihah (0195728884) / Pn. Farah Waheeda (0124841374) URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my
-------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BAKAT
CILIK (7-9 TAHUN)
Butiran Peserta:
Nama:
No. My Kid/surat beranak:
Umur:
Persembahan Bakat :
No. Tel (H/P):
Sekolah:
No Tel :
No comments:
Post a Comment