Saturday, July 21, 2018

Ceramah Klik Dengan Bijak


CERAMAH KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH          :           15 OGOS 2018 (RABU)
MASA             :          9.00 (SESI 1 - SEK. REN.) 10.00 PAGI (SESI 2 : SEK. MEN.)
TEMPAT          :          PEKARANGAN, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
PESERTA      :          PELAJAR SEKOLAH RENDAH /  MENENGAH

Internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Internet mempunyai kebaikkan, namun internet juga mendatangkan keburukan sekiranya disalahgunakan. Oleh itu, para pengguna perlu sedar akan keburukan internet supaya tidak terjerumus ke dalam lembah yang mampu merugikan diri sendiri.

Keburukan lain termasuklah kesahihan maklumat yang boleh diragui. Bukan semua maklumat yang diperoleh dari internet adalah benar. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dan sengaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet. Bahkan terdapat khabar angin yang disebarkan melalui internet mampu menjejaskan imej orang lain. Lebih parah lagi seandainya maklumat tersebut mampu menghancurkan keharmonian sesebuah negara.

Oleh hal sedemikian, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Internet, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengadakan cermaha ini bertujuan program adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai cara-cara untuk menggunakan internet secara berhemah. Antaranya pelajar didedahkan mengenai cara-cara untuk mengelakan diri dari menjadi mangsa penipuan internet sperti 'love scam', 'cyberbullying' dan 'oversharing'.

------------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
CERAMAH KLIK DENGAN BIJAK


NAMA SEKOLAH : 
NAMA GURU UTK DIHUBUNGI : 
NO. TEL (H/P):
JUMLAH PESERTA 

Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110    No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my

*Pakaian sekolah
*Sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta.


No comments:

Post a Comment