Saturday, July 21, 2018

Tayangan Filem Kemerdekaan "Bukit Kepong"


TAYANGAN FILEM KEMERDEKAAN, KUIZ & CABUTAN BERTUAH
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018

TARIKH                    18 OGOS 2018 (SABTU)
MASA             :          3.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT          :          AUDITORIUM, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
PESERTA               TERBUKA

Bulan Ogos merupakan bulan yang bermakna untuk setiap rakyat Malaysia kerana ia merupakan bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. Hari Kemerdekaan yang dikecapi kini diperolehi selepas melalui ranjau yang penuh dengan duri dalam tempoh yang amat panjang. Semangat dan pengorbanan para pejuang lalu harus dijadikan tauladan untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.

Oleh hal sedemikian, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan akan mengadakan tayangan filem kemerdekaan bertajuk Bukit Kepong. Tujuan diadakan tayangan ini adalah untuk memupuk semangat patriotik di kalangan generasi muda.

Melalui filem “Bukit Kepong” mengisahkan kesetiaan dan pengorbanan 25 anggota polis mempertahankan tanah air tercinta menentang 180 anggota komunis pada tahun 1950.Pada masa yang sama ia dapat memberi kefahaman kepada orang muda tentang pengorbanan anggota polis dari dahulu sehingga kini.
Turut diadakan kuiz dan cabutan bertuah kepada peserta penonton.
--------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG PENYERTAAN
TAYANGAN FILEM KEMERDEKAAN, KUIZ & CABUTAN BERTUAH

BUTIRAN PESERTA:
Nama : 
Umur : 
Sek. Jab. :

Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110    No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my

*Pakaian bebas dan sopan
*Sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta.



PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA!!


No comments:

Post a Comment