Saturday, July 21, 2018

Pertandingan Menulis Karangan Sek. Ren


PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka  kepada pelajar sekolah rendah dan rangkaian Perpustakaan Awam  Negeri Perlis.
  2. Setiap peserta hanya perlu menghantar 1 penyertaan sahaja.
  3.  Karangan yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru/diciplak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima
  4. Karangan yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 120-150 patah perkataan, Bahasa Melayu bertulisan tangan ataupun bertaip. Sila nyatakan jumlah perkataan di akhir esei.
  5. Peserta perlu memilih salah satu tajuk berikut: I) BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA II) MEMBACA MEMERDEKAKAN MINDA III) KEPENTINGAN MEMBACA DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  6. Setiap karanganyang telah dihantar tidak akan dikembalikan dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berhak untuk mencetak atau menerbitkan karangan tersebut
  7. Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan whatsapp dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup penyertaan. Peserta dianggap tidak memenangi sebarang hadiah sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas tempoh tersebut
  8. Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan. Penganjur berhak meminda syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
  9. Sila nyatakan BUTIRAN NAMA PENGARANG, UMUR, NO. IC, NAMA SEKOLAH, NO. TELEFON (H/P) di helaian kertas akhir karangan.
  10. Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan.
  11. Peserta perlu sendiri menghantar  karangan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 2018 pada tarikh 13-19 Ogos 2018 sepanjang Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis.
  12. Pihak Urus Setia berhak membatalkan penyertaan yang dihantar secara pos, wakil pihak dan sebagainya. Para peserta perlu menghantar sendiri penyertaan tersebut.
  13.  Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110  No. Faks  04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my


No comments:

Post a Comment