Saturday, July 21, 2018

Ceramah Kesedaran Alam Sekitar& Kepentingan Kitar Semula



CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR & KEPENTINGAN KITAR SEMULA
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018

TARIKH          :           14 OGOS 2018 (ISNIN)
MASA             :          9.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT          :          PEKARANGAN, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS
PESERTA      :          PELAJAR SEKOLAH RENDAH

1.0       PENDAHULUAN

Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar penduduk di Malaysia menyebabkan berlakunya peningkatan sampah sarap domestik. Salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut adalah melalui program kitar semula. Kitar semula merupakan proses mengolah semula bahan buangan dan sisa pepejal untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah baru, penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Kenapa perlu kitar semula? Apakah barangan yang boleh dikitar semula? Bagaimana cara mendidik masyarakat terutama pelajar untuk kitar semula bahan terbuang supaya teerjaga alam sekitar? Bagaimana kita, pihak sekolah dapat menjana pendapatan melalui kitar semula? 

Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesedaran alam  skitar dan kepentingan kitar semula. Semoga ianya memberi manfaat kepada pelajar, sekolah dan masyarakat.

------------------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
CERAMAH  KESEDARAN ALAM SEKITAR & KEPENTIGAN KITAR SEMULA


NAMA SEKOLAH : 
NAMA GURU UTK DIHUBUNGI : 
NO. TEL (H/P):
JUMLAH PESERTA 

Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110 No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my

*Pakaian peserta bebas dan sopan
*Sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta dan sekolah.


PENYERTAAN MASIH LAGI DIBUKA!!

No comments:

Post a Comment