PERTANDINGAN MENULIS ESEI
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA
PERLIS 2018
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
- Penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan rangkaian Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
- Setiap peserta hanya perlu menghantar 1 penyertaan sahaja.
- Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan oleh
- mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru/diciplak. Karya ciplak, plagiat atau
- terjemahan tidak akan diterima
- Esei yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 400-450 patah perkataan, Bahasa melayu bertulisan tangan ataupun bertaip. Sila nyatakan jumlah perkataan di akhir esei.
- Peserta perlu memilih salah satu tajuk berikut: I) SAYANGI NEGARAKU, II) KEMERDEKAAN MEMBINA KETAMADUNAN BANGSA, III) PEMBENTUKAN GENERASI PATRIOTIK DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
- Setiap esei yang telah dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berhak untuk mencetak atau menerbitkan esei tersebut
- Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan whatsapp dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup penyertaan. Peserta dianggap tidak memenangi sebarang hadiah sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas tempoh tersebut
- Keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD, sebarang bantahan tidak akan dilayan. Penganjur berhak meminda syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.
- Sila nyatakan BUTIRAN NAMA PENULIS, UMUR, NO. IC, NAMA SEKOLAH, NO. TELEFON (H/P) di helaian kertas akhir esei.
- Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan.
- Peserta perlu sendiri menghantar esei kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 2018 pada tarikh 13-19 Ogos 2018 sepanjang Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis.
- Pihak Urus Setia berhak membatalkan penyertaan yang dihantar secara pos, wakil pihak dan sebagainya. Para peserta perlu menghantar sendiri penyertaan tersebut.
- Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110 No. Faks 04-9760906. Layari URL : http://pestabukuperlis2018.blogspot.my
No comments:
Post a Comment