Saturday, July 21, 2018

Sudut Permainan Ilmu




Jom sertai aktiviti Sudut Permainan Ilmu. Terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018. Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah.


I) Putar-putar Ilmu
Para peserta dikehendaki untuk memusingkan putaran roda.  Menguji kepintaran peserta untuk menjawab soalan yang diajukan mengenai isu-isu semasa, matematik, bahasa dan sebagainya.

II) Puzzles
Para peserta dikehendaki untuk menyusun gambar mengikut masa yang diberikan.

III) Eja Perkataan
Para peserta dikehendaki untuk mengeja perkataan samada di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Jawi

IV) Origami
Para peserta didedahkan teknik membuat origami dengan kertas dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan yang menarik seperti bunga, ikan dan sebagainya.

V) Baca Jawi
Para peserta dikehendaki untuk membaca teks jawi yang muedah dan ringkas.

VI) Jejak Maklumat
Para peserta dikehendaki untuk mencari maklumat di dalam perpustakaan.

No comments:

Post a Comment