Saturday, July 21, 2018

Lawatan Sambil Belajar Sekolah

BORANG LAWATAN SAMBIL BELAJAR
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018
I)             PENDAHULUAN

Pihak perpustakaan mengalu-alukan pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke perpustakaan untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan dalam menggalakkan amalam membaca di kalangan masyarakat terutamanya pelajar sekolah. 

Antara aktiviti menarik semasa lawatan ini adalah:
  1. Lawatan ke Pesta Buku Perlis (jualan buku, cenderahati)
  2. Lawatan & Taklimat ke Perpustakaan Bestari Samsung, Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis (13-17 Ogos sahaja), Pameran – pameran jabatan
  3. Aktiviti Sudut Permainan Ilmu seperti Putar-putar ilmu, Baca Jawi, Eja perkataan, Puzzles, Origami, Jejak Maklumat, Permainan Interaktif 3D
  4. Lain-lain aktiviti: Daftar Ahli perpustakaan percuma, teka jumlah buku, Mobilgrafi @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Cabutan bertuah ahli perpustakaan, cabutan bertuah peminjam buku dan cabutan bertuah sempena Pesta Buku.

II)            LAIN-LAIN AKTIVITI:

Para peserta boleh sertai ceramah yang disediakan. Penyertaan adalah terhad.

 [     ] Ceramah Petua Pelajar Cemerlang (Sek. Men), 13 Ogos (Isnin), 9.00 pagi - 11.00 pagi
 [     ] Ceramah Jauhi Dadah Merbahaya (Sek. Men.) 13 Ogos (Isnin), 3.00 ptg - 5.00 ptg
 [     ] Bengkel Maklumat di Hujung Jari : Panduan Mengakses e-book, e-suratkhabat, e-majalah, e- jurnal (Sek. Ren. / Sek. Men.), 9.00 pagi : Tarikh 13,16,17 Ogos 2018
 [     ] Ceramah Kesedaran Alam Sekitar  & Kepentingan Kitar Semula (Sek. Ren. ) 14 Ogos (Selasa) 9.00 pagi - 11.00 pagi
 [     ] Bengkel Imam & Bilal Muda (Sek. Ren.), 14 Ogos (Selasa) 3.00 - 5.00 ptg)
 [     ] Ceramah Agama : Kejayaan & Kegagalan Pilihan Sendiri? 14 Ogos (Selasa) 9.00 malam -10.00 malam
 [     ] Ceramah Bagaimana Menghadapi Peperiksaan Dengan Jayanya (Sek. Men.), 15 Ogos (Rabu), 3.00 - 5.00 ptg
 [     ] Ceramah Klik Dengan Bijak Sesi 1 : 9.00 pagi (Sek. Ren.) | Sesi 2 (Sek. Men) : 10.00 pagi, 15 Ogos (Rabu)
 [     ] Ceramah Kepenggunaan : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia & Kuiz (Sek. Men.) 17 Ogos 2018 (Jumaat) 3.00 - 5.00 ptg
 [     ]Bengkel Deklamasi Sajak (Sek. Men.) 19 Ogos 2018 (Ahad) 9.00 pagi - 11.00 pagi

-------------------------------------

BORANG PENYERTAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
SEMPENA PESTA BUKU & KARNIVAL PEMBACA PERLIS 2018

NAMA SEK / IPTA/IPTA  : 
NAMA KAKITANGAN  UTK DIHUBUNGI : 
NO. TEL (H/P):
JUMLAH PESERTA 
TARIKH LAWATAN : 

Sila hantar borang penyertaan kepada pihak Urus Setia, Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2018, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke 04- 9760906 sebelum atau pada 6 Ogos 2018, (Isnin). Maklumat lanjut hubungi @ whatsapp Pn. Zairina Hashim 0174696110 / En. Masri Sidek  0122359826 No. Faks 04-9760906.

*Pakaian peserta bebas dan sopan
*Sijil lawatan akan diberikan kepada IPT
*Sijil ceramah akan diberikan kepada peserta
* Aktiviti 2 & 3 hanyalah dari 9.00 pagi – 6.00 ptg sahaja 

No comments:

Post a Comment